mutakhir

Ahmad Zahid hadir semula di SPRM... [METROTV]

Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Teoh Pei Ying

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung berhubung isu penyelewengan dana Yayasan Akalbudi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk tiba pada jam 9.53 pagi dengan menaiki kereta pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Ahmad Zahid yang berpakaian baju batik berwarna ungu kelihatan ceria apabila disapa wartawan dan jurugambar yang sudah menanti beliau sejak awal pagi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikehendaki hadir oleh SPRM hari ini bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna dana yayasan lebih RM800,000 dipercayai bagi membayar kad kredit miliknya dan isterinya.

Semalam, Ahmad Zahid turut berada di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan berhubung keterangan dibuatnya ketika bertemu dengan wakil keluarga Raja Arab Saudi pada 2015.

Ia berhubung isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau diambil keterangan selama lapan jam oleh SPRM berhubung isu itu.

Ahmad Zahid pada sidang media semalam memaklumkan, siasatan berhubung isu berkenaan sudah selesai dan beliau berharap persepsi yang melanda rakyat mengenai isu berkenaan selama ini dapat dirungkai oleh SPRM.

Berita berkaitan

Lapan jam beri keterangan [METROTV]

Belum selesai beri keterangan

Ahmad Zahid tiba di pejabat SPRM

Disiarkan pada: July 3, 2018 @ 10:47am
d