mutakhir

Riza Aziz hadir ke SPRM beri keterangan [METROTV]

Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Teoh Pei Ying

ANAK tiri kepada bekas Perdana Menteri, Riza Aziz, 48, tiba di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau tiba pada jam 1.30 tengah hari dengan ditemani peguam Datuk K Kumaraendran.

Riza Aziz yang juga seorang produser filem Hollywood pernah dikaitkan dengan isu 1MDB termasuk dakwaan menggunakan wang syarikat pelaburan strategik kerajaan itu untuk menerbitkan sebuah filem.

SPRM sejak akhir Mei lalu mula memanggil beberapa individu bagi melengkapkan siasatan berkaitan 1MDB termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib masing-masing pada 22 dan 24 Mei lalu hadir di Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung isu berkenaan.

Malah, pada 5 Jun lalu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir ke SPRM untuk memberi keterangan sama.

Minggu lalu, Pasukan Petugas Khas 1MDB bertindak membekukan lebih 900 akaun termasuk akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung dakwaan bahawa akaun-akaun berkenaan menerima dana daripada 1MDB.

Berita berkaitan

SPRM panggil Riza Aziz pula...

Disiarkan pada: July 3, 2018 @ 1:56pm
d