mutakhir

Najib dibawa ke Mahkamah Tinggi pula

Oleh HM Digital

DATUK Seri Najib Razak dibawa masuk ke Mahkamah Tinggi pada 10.30 pagi selepas selesai prosiding di Mahkamah Sesyen.

Pengakuan Najib atas empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya akan direkodkan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak sebentar lagi.

Kelihatan di dalam mahkamah adalah dua anak Najib iaitu Norashman dan Nooryana Najwa dan menantunya Daniyar Kessikbayev.

Selain itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita Umno Datuk Dr Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar juga kelihatan di dalam dewan mahkamah.

Disiarkan pada: July 4, 2018 @ 10:35am
d