mutakhir

50 pemenang Raya Dulu dan Sekarang diumum 7 Julai depan

Oleh Siti Salmiah A Hamid dan Julia Fiona

Kuala Lumpur: The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) akan mengumumkan 50 pemenang peraduan Raya Dulu dan Sekarang yang diadakan bersempena Kempen Sepuluh Jari, 7 Julai depan.

Eksekutif Pengurusan Jenama NSTP, Noor Ameeza Abu Bakar berkata, peraduan itu yang bermula 11 Jun dan berakhir 1 Julai lalu.

Peserta perlu memuat naik gambar atau video terbaik memaparkan perbezaan antara dulu dan sekarang sekali gus menepati tema sambutan Hari Raya dengan meletakkan empat tanda pagar utama iaitu #SepuluhJari2018 #NewStraitsTimes #BH dan #HarianMetro di laman Facebook, Instagram atau Twitter.

Disiarkan pada: July 5, 2018 @ 1:36pm
d