mutakhir

'Cayalah YB kita...' [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

MENTERI Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun sanggup memberhentikan kenderaan dan membantu menolak sebuah ambulans rosak ketika dalam perjalanan pulang dari jamuan Hari Raya Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Bukit Merah, Taiping, Perak, malam tadi.

Rina memuat naik video dan status beliau membantu menolak ambulans berkenaan di akaun Twitternya pada 11.30 malam tadi.

Tindakan Rina mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.

“Bantu menolak ambulans yang rosak di tengah highway (lebuh raya) semasa terperangkap kesesakan dua jam setengah.

“On the way (dalam perjalanan) balik dari PPBM event (majlis) di Bukit Merah. Bakar sikit kolesterol lepas jamuan raya,” katanya dalam status itu.

Difahamkan, terdapat kemalangan berlaku berhampiran Terowong Menora menyebabkan kesesakan teruk membabitkan ribuan kenderaan sehingga laluan kontra terpaksa dibuka.

Kesesakan bermula pada 8 malam tadi dan dikatakan masih sesak sehingga 1.30 pagi hari ini akibat kemalangan membabitkan lori membawa muatan ikan yang terbabas di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, Taiping, Perak.

Disiarkan pada: July 7, 2018 @ 7:14pm
d