mutakhir

Jantina tengkorak masih misteri

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

JANTINA rangka dan tengkorak manusia yang ditemui di sebuah kebun getah berhampiran Jalan Rompin-Pasir Besar Rabu lalu belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin berkata, walaubagaimanapun contoh darah dipercayai ahli keluarga terdekat mangsa sudah pun diambil.

"Ini bagi membolehkan ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) dijalankan sekaligus mengenal pasti status rangka dan tengorak itu.

Katanya ujian DNA itu mengambil masa lebih kurang dua minggu sebelum mengetahui sama ada rangka dan tengkorak itu milik ahli keluarga mereka.

Muhd Nur Hishamuddin berkata kes masih lagi diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang pemilik kebun getah bersama rakannya menemui rangka dan tengkorak berkenaan selepas terhidu bau busuk yang sebelumnya disangkakan bangkai babi dan dipercayai lebih seminggu.

Disiarkan pada: July 8, 2018 @ 12:10pm
d