mutakhir

Hanipa dibenarkan pulang

Oleh Zanariah Abd Mutalib

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin dibenarkan pulang ke rumah pada jam 4 petang selepas dimasukkan ke Hospital Putrajaya, pagi semalam, apabila pengsan ketika Perhimpunan Bulanan JPM di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Pegawai Media Mohamed Hanipa, Anas As Said Zaharuddin, berkata, Ahli Parlimen Sepang itu dibenarkan pulang oleh doktor pakar dan pihak hospital selepas berpuas hati dengan tahap kesihatan beliau.

“€œPihak hospital berpuas hati dengan tahap kesihatan YB Mohamed Hanipa dan membenarkan beliau berehat di rumah," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, Mohamed Hanipa, 49, yang sedang berdiri di atas pentas bersama barisan menteri lain tiba-tiba terjatuh dan pengsan di tempat kejadian.

Kejadian berlaku ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap kepada warga JPM. Menyedari kejadian itu, Perdana Menteri turut menghentikan ucapannya seketika.

Mohamed Hanipa kemudian diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik, sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pada April 2016, Mohamed Hanipa pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas pengsan ketika persidangan Dewan Rakyat.

Berita berkaitan

Timbalan Menteri rebah, jatuh dari pentas

Disiarkan pada: July 10, 2018 @ 8:12pm
d