mutakhir

Peluang rebut pengalaman VIP Marvel

Oleh Hamizah Badiran

Kuala Lumpur: Berada di MCM Comic Con London, England menjadi keinginan setiap penggemar fanatik watak adiwira filem, komik, manga, rancangan bersiri dan cosplay.

Ia pasti tambah mengujakan sekiranya mendapat layanan kelas pertama atau VIP sepanjang berada di sana.

Kini peluang itu boleh diperoleh menerusi Petron yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi pengalaman VIP Marvel di MCM Comic Con London 2019 sempena tayangan filem Marvel Studios' Ant-Man and the Wasp.

Pengalaman selama lima hari empat malam itu termasuk kemasukan eksklusif ke MCM Comic Con London 2019, bina patung mini tiga dimensi, melawat Natural History Museum, Madame Tussauds dan London Sharf Observation Deck.

Bukan itu saja, rasai berlatih dan bertarung ala super hero serta cuci mata di sekitar lokasi terkenal kota London.

Cara untuk mendapat peluang keemasan ini mudah iaitu dengan hanya mengisi minyak RM50 menggunakan kad Petron Miles.

Tempoh promosi bermula 21 Jun hingga 20 Ogos 2018 dan hadiah utama akan diberikan kepada dua pemenang (sepasang). Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

Selain itu, 50 pemenang mingguan pula berpeluang membawa pulang barangan premium edisi terhad Marvel Studios' Ant-Man and the Wasp seperti beg sandang, jaket hoodie, baju-T dan vacum flask.

Apa tunggu lagi? Layari Facebook Petron Malaysia (www.facebook.com/PetronMalaysia) untuk maklumat lanjut.

Disiarkan pada: July 11, 2018 @ 3:57pm
d