mutakhir

Ada elemen kecuaian dalam kes Adam Rayqal - Polis

Oleh Hasbi Sidek

POLIS tidak menolak kemungkinan berlaku kecuaian ketika Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif. di bawah jagaan pengasuh yang membawa kepada kematian bayi berusia lima bulan itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana kecederaan berkenaan berlaku kerana ia akan mengganggu siasatan.

“Ini siasatan polis, saya tidak boleh mendedahkan lebih daripada apa yang sepatutnya memandangkan kes masih dalam siasatan. Jika didedahkan lebih awal akan jejaskan proses perbicaraan.

“Apa yang yang boleh saya katakan, ada elemen yang boleh mendorong kepada kecuaian dan sebagainya. Itu kita tidak nafikan," katanya ketika sidang media sejurus menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sungai Buloh, di Sungai Buloh, hari ini.

Media pada 4 Julai melaporkan, Adam Rayqal ditemui mati di rumah sewa pengasuhnya di Jalan Nakhoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves.

Mayat Adam Rayqal disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu, kira-kira jam 11 malam selepas siasatan polis mendapati ada keraguan dalam keterangan pengasuhnya.

Hasil bedah siasat mengesahkan bayi malang itu meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala sebelah kiri.

Susulan kejadian, polis menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya berusia 36 tahun sebelum direman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Berita berkaitan

[UPDATE] Siasatan kes Adam Rayqal 90% lengkap

Rakan asuhan Adam Rayqal tiada kesan dera

‘Ibu mahu ‘dekat’ dengan Adam...’

Astaghfirullah...

Bapa kanak-kanak dijaga pengasuh Adam Rayqal dipanggil

Damailah di sana, Adam Rayqal... [METROTV]

[UPDATE] Adam Rayqal ditemui mati di rumah pengasuh [METROTV]

Disiarkan pada: July 11, 2018 @ 6:41pm
d