mutakhir

JIM selamatkan mangsa pemerdagangan manusia [METROTV]

Oleh Nordiana Shafiee

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menyelamatkan wanita warga Indonesia dipercayai mangsa pemerdagangan manusia di sebuah rumah di Alor Setar, hari ini.

Pengarahnya Zuhair Jamaludin berkata, wanita, 23, terbabit diselamatkan jam 11 pagi di tingkat bawah rumah dua tingkat itu, hasil aduan orang awam.

Menurutnya, wanita itu dipercayai menjadi mangsa eksploitasi pekerjaan sejak sembilan bulan lalu di rumah terbabit.

Katanya, dalam serbuan sama, wanita tempatan dipercayai majikan mangsa berusia 47 tahun turut ditahan.

“Wanita terbabit ditahan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang & Antipenyeludupan Migran 2007 (AKTA 670).

“Manakala mangsa diselamatkan di bawah Akta AntipemerdaganganOrang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (AKTA 670),” katanya.

Katanya, wanita Indonesia itu akan ditempatkan di rumah perlindungan untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: July 11, 2018 @ 9:00pm
d