mutakhir

Bomoh durjana direman

Oleh Rosliza Mohamed

BOMOH yang didakwa merogol suri rumah pada bulan lalu, di sambung reman tujuh hari lagi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, suspek berusia 52 tahun di sambung reman selama tujuh hari bermula 11 hingga 17 Julai ini.

"Reman di sambung bagi melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

"Sebelum ini suspek ditahan dan direman bermula 5 hingga 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

NSTP sebelum ini melaporkan suri rumah yang didakwa dirogol ketika pergi berubat dengan bomoh dalam kejadian di rumah ibadat di Kota Bharu, pada 19 Jun lalu.

Bagaimanapun mangsa berusia 41 tahun baru membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu pada Khamis lalu, 12.40 tengah malam.

Kejadian berlaku pada 19 Jun lalu ketika mangsa berubat di tempat berkenaan selepas diarahkan suspek untuk bermalam.

Mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika berada dalam bilik yang didatangi suspek dan memberitahu untuk membuang `sial' perlu melakukan hubungan seks pada hari berkenaan 5.30 pagi.

Berita berkaitan:

'Rawatan' noda

Disiarkan pada: July 12, 2018 @ 2:36pm
d