mutakhir

Kelip-kelip terjejas

Oleh Nik Sukry Ramli

Kuantan: Lebih banyak kempen kesedaran dan penyelidikan perlu dilakukan bagi memastikan kelip-kelip di Sungai Cherating yang diuruskan Hafiz’s Cherating Activities daripada pupus.

Felo Penyelidik Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) Dr Wan Faridah Akmal Jusoh berkata, serangga itu sangat sensitif dengan keadaan persekitarannya dan mudah terdedah kepada ancaman akibat kegiatan penerokaan hutan bakau serta pencemaran air sungai yang boleh menjejaskan pembiakannya.

“Habitatnya perlu dijaga dengan baik dan kalau boleh, tidak ada aktiviti penerokaan hutan paya bakau bagi tujuan pembangunan di kawasan berhampiran.

“Walaupun ini mustahil, itulah kita cuba buat di sini dan di beberapa lokasi lain yang dikenal pasti antara habitat tumpuan kelip-kelip di Malaysia.

“Mungkin kita boleh perbanyakkan kempen kesedaran di samping menyediakan geran penyelidikan kepada penyelidik membuat kajian mendalam kitaran hidup serangga yang sangat menarik ini,” katanya selepas majlis Sambutan Hari Kelip-Kelip Sedunia 2018 di sini, semalam.

Majlis anjuran bersama Firefly Pals dan Turtles Conservation Society Malaysia (TCS) itu adalah simbolik kepada sambutan Hari Kelip-Kelip Dunia yang disambut pada minggu pertama Julai setiap tahun.

Kira-kira 50 peserta hadir pada majlis itu yang diberikan taklimat ringkas mengenai kepentingan kelip-kelip sebelum menyertai aktiviti melihat serangga itu di sepanjang sungai berkenaan.

Disiarkan pada: July 13, 2018 @ 11:04am
d