mutakhir

Laporan antarabangsa, Infografik HM terbaik [METROTV]

Oleh Wartawan NSTP

HARIAN Metro (HM) terus membuktikan kehebatan apabila mengungguli Kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang dan Kategori Infografik Terbaik pada Malam Wartawan MPI-Petronas Malaysia 2017 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, malam ini.

Tempat pertama Kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang dimenangi wartawan Harian Metro, Mohd Firdaus Ibrahim dengan laporan ‘Memasuki Kubu MILF - Pesan Jeneral, Hidangan berlauk garam dan Jangan sisih kami’.

Bagi kategori sama, seorang lagi wartawan Harian Metro, Muhammad Saufi Hassan memenangi sagu hati tempat kedua bagi artikel bertajuk `Tentera Berkain, syukur dalam berita dan patah balik atau kamu ditahan’.

Kategori Infografik terbaik pula disandang pereka grafik dari akhbar Harian Metro, Nor Salim Mohamed Dawam dan wartawan, Mohd Azam Shah Yaacob dengan tajuk `Masjid Kampung Hulu’.

Mereka mempertahankan kejuaraan tahun lalu dalam kategori sama menerusi penyertaan bertajuk ` Rumah Tradisional’.

Pada masa sama Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mengungguli hadiah Malam Wartawan MPI-Petronas Malaysia 2017 apabila menguasai enam kategori utama.

Turut mencipta nama apabila wartawan Berita Harian (BH), Mohd Zulkifli Zainuddin dinobatkan sebagai juara kategori hadiah Wartawan Muda A Samad Ismail dengan laporan berjudul 'Kelantan lubuk pil kuda'.

Bagi kategori Laporan Berita Cemerlang pula dimenangi wartawan BH, Mohd Abdul Illah Hafiz Abdul Aziz melalui pendedahan mengenai sindiket nelayan asing rompak hasil laut negara.

Kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang pula disandang oleh wartawan NST, Farrah Naz Karim dan Aliza Shah.

Pemenang bagi kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang pula dimenangi wartawan NST, Fauziah Ismail.

Senarai Pemenang

1. Harian Metro

Kategori Infografik Terbaik

Hadiah RM10,000, sijil dan trofi

2. The Star

Kategori Desain Halaman Pertama Terbaik

Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

3. Utusan Malaysia

Kategori Kartun Editorial Terbaik

Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

4.Utusan Malaysia

Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang

Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

5. Kosmo!

Kategori Foto Esei Cemerlang

Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

6. Berita Harian

Kategori Hadiah Wartawan Muda A Samad Ismail

Pemenang RM5,000, sijil dan trofi

7. Harian Metro

Kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang

Pemenang RM10,000, sijil dan,trofi

8. Utusan Malaysia

Kategori Penulisan Rencana Cemerlang

Pemenang RM5,000, sijil dan trofi

9. New Straits Times

Kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang

Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

10. Kosmo!

Dokumentari Video Terbaik

Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

11. Intrend

Kategori Laporan Portal Berita Terbaik

Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

12. Nasional FM

Tangisan Tahfiz

Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

13. TV9

Kategori Berita Video Terbaik

Pemenang, RM10,000, sijil dan trofi

14. Daily Express

Kategori Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang PETRONAS

Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

15. NST

Kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang.

Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

16. BH

Kategori Laporan Berita Cemerlang

Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

17. The Borneo Post

Anugerah Khas Juri

Pemenang RM5,000, sijil dan trofi

18. The Star

Hadiah Kajai

Pemenang RM30,000, sijil dan trofi

Disiarkan pada: July 13, 2018 @ 11:17pm
d