mutakhir

Tak guna punya bapak tiri!

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

POLIS menahan seorang lelaki, petang semalam bagi membantu siasatan kes cabul dan cubaan merogol remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga anak tirinya.

Mangsa mendakwa dicabul bapa tirinya di dalam bilik di hotel di Seri Iskandar, pada 3 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, mangsa diperdayakan oleh suspek sebelum dibawa ke hotel berkenaan.

“Suspek didakwa meramas dada dan kemaluan mangsa serta mencium leher remaja bawah umur terbabit.

“Lelaki itu turut bertindak memaksa mangsa memegang kemaluannya dan ada berlaku cubaan rogol, namun mangsa melawan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek berusia 34 tahun dan bekerja di sebuah bengkel besi ditahan di Bandar Universiti di Seri Iskandar, selepas mangsa membuat laporan tengah hari semalam.

Katanya, suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Disiarkan pada: July 14, 2018 @ 8:45am
d