mutakhir

Muhyiddin stabil

Oleh Siti Nur Mas Erah Amran

MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang selamat menjalani pembedahan, Khamis lalu kini berada di dalam keadaan baik dan sedang berehat.

Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abdul Halim berkata, keluarga beliau turut mengucapkan terima kasih atas ucapan masyarakat yang mendoakan kesihatannya.

"YB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri telah selamat menjalani pembedahan pada Khamis lalu.

"Beliau sekarang berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.

"Bagi pihak keluarga, kami kami ingin mengucapkan terima kasih di atas semua doa yang tidak putus-putus diberikan kepada Tan Sri Muhyiddin," katanya dalam kenyataan yang dimuatn aik di Facebook rasminya, hari ini.

Muhyiddin menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjalankan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri sepanjang ketiadaan beliau selama sebulan.

Disiarkan pada: July 15, 2018 @ 2:23pm
d