mutakhir

Maut jatuh dari tangki air

Oleh Mohd Hasbi Sidek

LELAKI maut selepas terjatuh dari tangki air setinggi kira-kira 10 meter di sebuah kondominium di Bandar Tasik Puteri, Rawang, jam 8 malam hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat khas pada jam 8.17 malam.

“Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang bergegas ke lokasi untuk membantu.

“Setibanya di lokasi kami mendapati mangsa terbaring di bawah tangki air dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut termasuk pengesahan identiti dan punca kejadian.

Disiarkan pada: July 16, 2018 @ 10:42pm
d