mutakhir

Syarikat bas 'bungkus' 100 susah pergi sekolah

Oleh Adnan Ibrahim

Kluang: Seramai 100 pelajar yang tinggal di Kampung Melayu Mardi, Ladang CEP Perdana serta kawasan perumahan di sekitar Pekan Renggam dan Simpang Renggam di sini, berhadapan kesukaran untuk ke sekolah masing-masing berikutan pemberhentian operasi Syarikat Bas Renggam bermula awal bulan ini.

Akibat daripada penutupan perkhidmatan terbabit, sebahagian daripada ibu bapa pelajar berkenaan terpaksa menyewa bas sekolah dengan kadar bayaran agak tinggi atau menghantar anak mereka menggunakan kenderaan sendiri.

Penduduk Kampung Melayu Renggam, Mohd Faizal Mohd Said, 38, berkata, akibat daripada keadaan itu, ibu bapa pelajar terpaksa berhadapan tambahan kos yang tinggi berbanding menggunakan perkhidmatan bas henti-henti yang disediakan syarikat berkenaan.

Menurutnya, antara pelajar yang terbabit dengan masalah itu adalah mereka yang belajar di Sekolah Menengah (SM) Datuk Haji Hassan Yunus, SM Datuk Abdul Rahman Andak dan SM Simpang Renggam di Simpang Renggam.

Disiarkan pada: July 17, 2018 @ 10:49am
d