mutakhir

Dua maut dalam nahas di LPT

Oleh BERNAMA

DUA maut, empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 132.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah barat berhampiran Temerloh, malam tadi.

Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Mohd Sani Harul berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 8 malam itu membabitkan treler, Perodua Myvi, Proton Saga dan Toyota Fortuner dari arah yang sama.

Mangsa yang maut ialah penumpang Myvi Nur Rashila Rosdan, 22, beralamat di Sungai Parit Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak dan pemandu Toyota Fortuner Low Kim Boon, 65, dari Taman Bukit Istana, Kuantan.

“Mangsa yang cedera ialah penumpang dan pemandu kereta Proton Saga iaitu seorang lelaki dan tiga wanita dewasa. Bagaimanapun pemandu dan pembantu treler tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Identiti mangsa yang cedera sehingga kini masih belum diperoleh.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk dibedah siasat,” katanya.

Disiarkan pada: July 18, 2018 @ 12:51am
d