mutakhir

Siling pejabat PTPTN, runtuh

Oleh Suzianah Jiffar

SILING di Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di tingkat sembilan Bangunan Pusat Transformasi (UTC) Sabah di Kota Kinabalu, runtuh, semalam.

Bagaimanapun, kejadian 7.40 malam itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataannya menjelaskan kerja penilaian awal kejadian runtuhan sedang dijalankan perunding dan dipantau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta pengurusan UTC Sabah.

“€œSehubungan itu, keseluruhan aras sembilan ditutup sementara untuk memberi laluan kepada kerja berkenaan,”€ katanya.

Selain Pejabat PTPTN, jabatan lain yang terbabit dengan penutupan di tingkat sembilan ialah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu Jobs Malaysia, Jabatan Tenaga Manusia dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

Jabatan lain di UTC Sabah tidak terbabit dengan kejadian ini dan beroperasi seperti biasa.

Sementara kerja pembaikan dijalankan, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan PTPTN di Pejabat PTPTN Negeri Sabah di Tingkat Dua, Warisan Square, manakala berkaitan Kementerian Sumber Manusia bolehlah berurusan di Bilik Mesyuarat Aras 10, UTC Sabah.

Disiarkan pada: July 18, 2018 @ 9:31pm
d