mutakhir

5 nelayan Vietnam mengaku salah [METROTV]

Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Lima awak-awak warga Vietnam masing-masing didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap kesalahan menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan Malaysia.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Tran Van Hien, 50; Le Mint Tuan, 35; Phan Van Tuan, 34; Tan Van Tuan, 36; dan Pham Vanri, 26, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dihukum penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Seorang lagi tertuduh, Le Mint Trung, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh bersama-sama di atas bot tangkapan ikan asing didakwa menangkap ikan dalam perairan Malaysia tanpa kebenaran dan permit dikeluarkan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia pada jarak 95.3 batu nautika dari Pulau Redang, Terengganu, jam 5.42 petang pada 20 Jun lalu.

Disiarkan pada: July 19, 2018 @ 10:33am
d