mutakhir

Huawei Nova 3, 3i masuk Malaysia

Oleh Afiq Hanif

HUAWEI Nova 3 dan Nova 3i sah dijual di Malaysia bermula 28 Julai ini.

Dalam majlis pengenalannya di Kuala Lumpur, hari ini, Huawei Nova 3i diumumkan berharga RM1,249 manakala Nova 3 pula RM1,899.

Penyanyi, Hannah Delisha mempersembahkan lagu rasmi siri Nova yang mana peranti terbabit membawakan fungsi AI pada kamera depan.

Huawei Nova 3 dan Nova 3i mempunyai lapan senario seperti langit, tumbuhan, bunga, pantai, pentas, malam dan wajah yang ditetapkan mengikut pencahayaan dan mod berbeza.

Model Nova 3i akan menggunakan prosesor Kirin 710 iaitu 4 x cortex A73 2.2GHz+ 4 x cortex A53 1.76GHz manakala Nova 3 akan menggunakan Kirin 970.

Manakala RAM pula 4GB (Nova 3i) dan 6GB (Nova 3) dengan ROM 128GB.

Disiarkan pada: July 19, 2018 @ 9:48pm
d