mutakhir

40 minit padam kebakaran hutan

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis terpaksa mendaki bukit selama 30 minit untuk memadam kebakaran hutan seluas 0.8 hektar di Hutan Simpan Bukit Batu di Pantai Remis, hari ini.

Kebakaran itu membabitkan kawasan berbukit dengan ketinggian kira-kira 133 meter dari paras laut.

Ketua Operasi BBP Pantai Remis, Mohd Amir Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 5.40 petang sebelum sepasukan anggota bergerak ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba terpaksa mendaki bukit selama 30 minit.

“Operasi pemadaman mengambil masa 40 minit bagi memastikan kawasan selamat termasuk kawasan yang mempunyai bara api," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Katanya, operasi membabitkan sembilan anggota dan turut dibantu dua orang awam yang kebetulan berjoging di kawasan berhampiran, tamat sepenuhnya pada jam 8.10 malam.

Disiarkan pada: July 19, 2018 @ 10:46pm
d