mutakhir

Diraba ketika belajar al-Quran

Oleh Hadzlihady Hassan

AKIBAT mengikut nafsu, seorang guru agama sanggup mencabul beberapa murid lelaki di sebuah sekolah di Sungai Ara, di Balik Pulau.

Tindakan guru lelaki berusia 40 tahun itu menyebabkan dia ditahan polis jam 10 pagi semalam selepas ahli keluarga murid yang menjadi mangsa membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, suspek ditahan di perkarangan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya.

“€œSetakat ini, kita sudah menerima enam laporan polis berhubung kejadian cabul itu membabitkan murid tahun lima dan empat.

“€œLima daripadanya adalah laporan kerana dicabul, manakala satu lagi laporan dibuat kerana mangsa hampir dicabul guru agama terbabit,”€ katanya.

Menurutnya, laporan pertama dibuat pada Rabu lalu oleh ibu mangsa selepas anaknya mendakwa diraba kemaluan ketika sesi pembelajaran dalam kelas.

“€œKetika kejadian mangsa dipanggil membaca al-Quran dan dia diraba guru terbabit ketika berdiri di sebelah meja.

“€œMangsa juga mendakwa guru terbabit sudah melakukan perbuatan itu terhadapnya sejak April lalu dan turut memberitahu ibunya beberapa rakan lain juga diperlakukan sedemikian,”€ katanya.

Menurutnya, empat lagi magsa tampil membuat laporan semalam dengan mendakwa mereka dicabul dalam kelas serta surau di sekolah ketika sesi pembelajaran dan selepas waktu sekolah.

“€œSuspek sudah berkahwin dan mempunyai lima anak serta mengajar di sekolah terbabit sejak 2014 lalu.

“€œDia kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,”€ katanya.

Difahamkan, ada antara mangsa dicabul berulang kali ketika waktu rehat dan juga selepas sesi persekolahan berakhir.

Disiarkan pada: July 24, 2018 @ 11:50am
d