mutakhir

Dijel kerana getah sekerap

Oleh Muhamaad Razis Ismail

BURUH dipenjara lapan hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, selepas mengaku salah mencuri getah sekerap bernilai RM200.

Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Fatah Mahiddin, 37, dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 18 Julai lalu.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan, jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri getah sekerap bernilai RM200 milik Ahmad Deraman, 59, di kebun getah Kampung Durian Pahit, Ketereh, Kota Bharu, pada jam 4.20 petang, 18 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa bersama rakannya ternampak tertuduh mencuri getah sekerap di kebun getahnya.

Tertuduh kemudian ditahan.

Disiarkan pada: July 25, 2018 @ 2:34pm
d