mutakhir

Suka-suka korang buat road block

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

LIMA sekawan yang membuat sekatan jalan raya haram di persimpangan jalan Kampung Daha Kisau, Serian, memakan diri selepas tindakan mereka dihidu polis, semalam.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, lelaki berusia antara 27 hingga 50 tahun itu dikatakan membuat sekatan jalan raya tanpa kebenaran pihak berkuasa selain tidak dimaklumkan kepada ketua kampung berkenaan.

Lebih mengejutkan, suspek turut membawa senapang 'pump gun' bersama peluru dan beberapa senjata lain selain meletakkan paip polivinil klorida (PVC) bagi menghalang kenderaan melalui laluan berkenaan.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuching, Superintendan Rosdi Inai berkata, sepasukan pegawai dan anggota menjalankan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurutnya, sebaik tiba, pasukan rondaan mendapati lima lelaki tempatan berkumpul di tepi jalan berkenaan selain terdapat batang paip merentangi tengah laluan.

"Pasukan rondaan kemudian bergegas membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati suspek memiliki senapang selain pelbagai senjata.

"Pegawai bertugas kemudiannya mendapatkan maklumat lanjut daripada ketua kampung. namun tindakan suspek itu tidak diketahuinya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rosdi berkata, setakat ini polis masih menyiasat motif suspek membuat sekatan jalan raya di kawasan berkenaan tanpa kebenaran sekiranya ia membabitkan unsur jenayah.

Katanya, semua suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Serian untuk tindakan lanjut mengikut.

Disiarkan pada: July 25, 2018 @ 4:16pm
d