mutakhir

Muhyiddin semakin pulih

Oleh Nur Lela Zulkipli

MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini semakin pulih dan dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas pada 12 Julai lalu.

Muhyiddin yang kini sedang berehat dan bercuti untuk menjalani rawatan perubatan susulan dijangka kembali bertugas dalam tempoh kurang dari sebulan.

Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abd Halim berkata, Muhyiddin mengucapkan terima kasih atas doa yang tidak putus-putus diberikan kepada beliau.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri sementara ketiadaan Muhyiddin.

Disiarkan pada: July 26, 2018 @ 5:08pm
d