mutakhir

'Padan muka, hang gatai sangat...'

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

PEMANDU van sekolah ditahan polis, kelmarin selepas disyaki mencabul sembilan murid berusia 10 hingga 12 tahun di sebuah sekolah di Sungai Petani.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Sazalee Adam berkata, penahanan suspek berusia 49 tahun itu dibuat susulan laporan polis diterima pihaknya yang dibuat guru sekolah dan keluarga mangsa.

Menurutnya, pihak sekolah pada mulanya menghubungi ahli keluarga mangsa pada 8.25 pagi Selasa lalu untuk membincang mengenai gangguan seksual oleh pemandu van sekolah terbabit.

“Seorang mangsa memberitahu kejadian kali pertama berlaku sekitar Januari tahun lalu pada 2 petang apabila suspek bertindak mencabulnya.

“Kejadian kali kedua berlaku pada 2 petang 22 Julai lalu ketika suspek dalam perjalanan menghantar mangsa ke rumah pengasuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sazalee berkata, setakat ini sembilan ahli keluarga sudah membuat laporan polis dan kemungkinan akan ada lagi laporan polis ke atas suspek oleh ahli keluarga lain.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek tidak mengaku melakukan perbuatan itu.

Katanya, suspek kini direman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Disiarkan pada: July 27, 2018 @ 4:52pm
d