mutakhir

Buat perangai pelik sebelum terjun

Oleh Erika George

LELAKI dikatakan berperangai pelik, termasuk menanggalkan pakaiannya lalu terjun ke Sungai Kemena, Bintulu, semalam sebelum dihanyutkan arus deras.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa berusia lingkungan 30-an dilihat berjalan kaki seorang diri menuju ke arah tebing sungai berhampiran Jeti Ladang DD Pelita Pandang Plantation sebelum terjun.

Mayat mangsa ditemui terapung oleh pasukan penyelamat 8.30 pagi tadi, dua kilometer dari lokasi terakhir lelaki itu dilihat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa sebelum sebelum dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

Disiarkan pada: July 28, 2018 @ 10:05pm
d