mutakhir

Tak sangka kakak terperangkap

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

"DARI kelmarin mak berasa tidak sedap hati. Mak meminta kakak supaya balik segera sebaik sahaja mengetahui kepulauan Lombok di landa gempa bumi Subuh pagi tadi.

"Kakak maklumkan rombongan mereka yang ketika itu bermalam di kaki Gunung Rinjani berada dalam keadaan selamat, namun kira-kira jam 8 pagi, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita mereka turut terperangkap dalam bencana berkenaan," kata Ayu Hasman.

Kakak Ayu, Nursakinah, 38, salah seorang daripada puluhan pendaki Malaysia yang kini terperangkap di kaki gunung Rinjani, selepas Lombok dilanda gempa bumi bermagnitud 6.4, jam 6.47 waktu tempatan.

Menurut Ayu, kakaknya yang juga seorang pengurus sumber manusia di Petronas bertolak ke Lombok untuk mendaki gunung itu Jumaat lalu dan dijadualkan pulang Selasa ini.

Kata Ayu, kakaknya menyertai rombongan mendaki gunung itu sebagai persediaan untuk menawan Everest Base Camp (EBC) pada November ini.

"Kakak maklumkan mereka tidak sempat memulakan pendakian dan ketika ini mereka berteduh di sebuah khemah yang didirikan dengan bantuan penduduk kampung di Senaru.

"Mereka (pendaki) dan penduduk kampung kini masing-masing menghabiskan masa membaca al-Quran sementara menunggu diselamatkan bagi memohon pertolongan memandangkan pihak berkuasa di sana memaklumkan ada kemungkinan gegaran kedua yang lebih teruk akan berlaku pada bila-bila masa," katanya kepada NSTP.

Difahamkan, di lokasi Nursakinah berada, terdapat kira-kira 29 lagi pendaki Malaysia dan jaraknya kira-kira tiga jam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok (LIA).

Begitupun, rombongan berkenaan tidak dapat keluar dari kawasan itu selepas jambatan utama yang menghubungkan laluan berkenaan runtuh dalam gegaran pagi tadi.

Selain itu, laluan alternatif juga tidak boleh digunakan kerana ia adalah laluan pusat gegaran dan merbahaya kepada pengguna.

Ayu berkata, kakaknya memaklumkan mereka mempunyai bekalan makanan yang hanya cukup untuk tiga hari sahaja dan kini terpaksa berjimat berkongsi apa yang ada dengan mangsa terperangkap lain.

Selain itu, mereka juga terpaksa bergantung kepada bekalan ‘€˜power ba’k’ untuk mengecaj telefon bimbit kerana kawasan berkenaan sudah terputus bekalan elektrik.

"Mujurlah, kakak membawa tiga ‘power bank’ dan dia juga sudah menukar aturan telefon kepada ‘€˜batery saver’€™ bagi menjimatkan bateri.

"Kami meminta dia sentiasa memaklumkan perkembangan terkini keadaan mereka di sana dan berharap semua rombongan pendaki dari Malaysia dapat dikeluarkan dari kawasan terjejas secepat mungkin," katanya.

Menurut Ayu lagi, keluarga pendaki di Malaysia kini sedang berurusan dengan pihak syarikat insurans untuk mendapatkan perkembangan proses bantuan yang boleh disalurkan kepada pendaki di sana.

Mujurlah kakak dan pendaki lain membeli insurans peribadi untuk kegiatan outdoor sebelum bertolak. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka ketika berdepan bencana tidak diduga seperti ini," katanya.

Berita berkaitan

Lombok bergegar !

'Mujur dah turun Rinjani'

[UPDATE] Seorang pendaki Malaysia terkorban [METROTV]

Disiarkan pada: July 29, 2018 @ 2:42pm
d