mutakhir

[UPDATE] Mayat 100 meter dari stesen LRT

Oleh Faris Fuad dan Nurul Hidayah Bahaudin

OPERASI Transit Aliran Ringan (LRT) dari Stesen LRT IOI Puchong Jaya ke Stesen LRT Pusat Bandar Puchong mengalami kelewatan, hari ini.

Ia susulan penemuan mayat di landasan Stesen LRT Pusat Bandar Puchong

Rapid KL selaku pengendali perkhidmatan LRT menerusi Twitter rasminya hari ini berkata, mayat itu ditemui kira-kira 100 meter dari stesen berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan dan Rapid KL akan mengeluarkan kenyataan media selepas mendapat maklumat penuh.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berbangkit,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.51 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati mayat lelaki itu terbaring di landasan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa,” katanya.

Berita berkaitan

[UPDATE] Keluar tren, turun landasan

Disiarkan pada: August 1, 2018 @ 12:10pm
d