mutakhir

Kejam, mayat wanita diikat kaki, tangan

Oleh Harun Yahya

MAYAT wanita ditemui dengan kaki dan tangan diikat dalam bilik sewanya di Lorong Tiong Hua 1, Sibu, hari ini.

Sumber berkata, rakan sekerja yang menemui mayat wanita berusia 26 tahun itu pada jam 3.45 petang menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan maklumat diperoleh, rakan sekerja wanita itu ke bilik sewanya selepas seharian gagal dihubungi, selain tidak datang bekerja sejak pagi tadi.

“Bagaimanapun, rakan sekerjanya terkejut apabila mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa, selain kaki dan tangannya diikat,” katanya.

Katanya, mangsa yang juga penjawat awam di sebuah agensi kerajaan persekutuan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu.

Disiarkan pada: August 2, 2018 @ 6:56pm
d