mutakhir

Pungut habis!

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Seramai 246 warga asing serta enam warga tempatan ditahan kerana menjalankan kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran dan mengambil pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai pekerja pada operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di tiga pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini, awal pagi semalam.

Pada Op Gegar bermula jam 12 tengah malam, seramai 205 wanita, 11 lelaki warga Thailand, tujuh wanita Laos, tiga lelaki Myanmar, tiga wanita Laos, tiga wanita Korea, 14 lelaki Bangladesh serta enam lelaki warga tempatan yang juga wakil majikan ditahan.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, 427 individu diperiksa dalam operasi membabitkan 50 pegawai JIM.

“Semua warga asing yang ditahan bekerja sebagai pemuzik, penari, penyanyi selain pelayan pelanggan (GRO) di premis itu.

“Antara kesalahan dila kukan adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan salah guna pas. Ini tangkapan terbesar pada Op Gegar sempena Operasi Mega 3.0 yang dijalankan di seluruh negara,” katanya selepas mengetuai operasi di lokasi serbuan.

Mustafar berkata, pemeriksaan mendapati premis hiburan itu menawarkan kalungan bunga dan persembahan cat walk di atas pentas bagi menarik pengunjung.

“Bayaran kalungan bunga adalah RM50 manakala mahkota dan jubah, masing-masing RM100 dan RM200,” katanya.

Disiarkan pada: August 5, 2018 @ 3:12am
d