mutakhir

Padah gesel 'anu' pada...

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

REMAJA perempuan menjadi mangsa serangan seksual lelaki warga Bangladesh dalam kejadian di sebuah pasar raya di Kuala Nerus, Jumaat lalu.

Kejadian dipercayai berlaku jam 9.45 malam ketika mangsa, 14, berada di pasar raya berkenaan bersama keluarganya sebelum dihampiri suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, suspek, 29, dikatakan melakukan gangguan seksual dengan menggesel kemaluannya pada punggung mangsa.

Katanya, mangsa yang terkejut dengan perbuatan suspek bertindak melarikan diri, namun suspek mengekori dan melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sekali lagi.

“Tindakan tidak bermoral suspek itu disedari bapa mangsa yang berada berhampiran tempat kejadian sebelum lelaki terbabit segera pergi ke arah anaknya.

“Suspek yang menyedari kehadiran bapa mangsa cuba melarikan diri, namun gagal lalu dia berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Susulan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Gong Badak pada hari sama kerana tidak berpuas hati dengan tindakan tidak bermoral suspek.

“Suspek yang bekerja sebagai tukang cuci direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Disiarkan pada: August 6, 2018 @ 4:34pm
d