mutakhir

Reman pensyarah terlampau disambung

Rosliza Mohamed

REMAN pensyarah yang didakwa mencabul penuntut perempuan di sebuah kolej di Kota Bharu, minggu lalu, disambung tiga hari lagi bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, suspek berusia 50-an itu direman sehingga 15 Ogos ini bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, sebelum itu, suspek ditahan Khamis lalu selepas mangsa berusia 19 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.

“Sebelum ini suspek direman empat hari bermula Khamis lalu sehingga hari ini, namun reman disambung tiga hari lagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

NSTP melaporkan penuntut perempuan mendakwa dicabul pensyarahnya yang berasal dari negara Timur Tengah di bilik kolej di Kota Bharu, 7 Ogos lalu.

Dalam kejadian 12.15 tengah hari itu, mangsa dikatakan dicabul di beberapa bahagian badan oleh pensyarah berkenaan.

Mangsa dikatakan dipanggil pensyarah terbabit ketika sedang mengulang kaji secara berkumpulan di kolej terbabit.

Disiarkan pada: August 12, 2018 @ 2:59pm
d