mutakhir

Dijemput ajal ketika berkayuh

Oleh Nor Azizah Mokhtar

LELAKI sedang menyertai pertandingan Jambori Basikal Gunung (MTB) Kolej Vokasional Kuala Selangor (KVKS) 2.0 meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Jalan Jaya Mas, Baru Arang, Gombak, pagi semalam.

Dalam kejadian 10 pagi itu, Kenneth Khoo Kah Hahm, 51, pada mulanya dikatakan berhenti untuk berehat kerana sukar untuk bernafas sebelum turun daripada basikalnya dan duduk di bahu jalan sebelum pengsan.

Kejadian itu sedari pihak penganjur yang kemudian mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Batu Arang yang terletak berhampiran.

Bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Taman Meranti Jaya, Puchong disahkan meninggal dunia pada 10.30 pagi ketika menerima rawatan di klinik kesihatan terbabit.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Disiarkan pada: August 13, 2018 @ 12:07am
d