mutakhir

30 minit terperangkap dalam lif

Oleh Hasbi Sidek

DUA wanita dan seorang lelaki berdepan detik cemas kira-kira 30 minit selepas terperangkap di dalam lif di Bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Seksyen 52, Petaling Jaya, hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, semua mangsa berusia dalam lingkungan 40-an difahamkan adalah kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya Mohd Hafiz Mat Dali berkata, pihaknya menerima panggilan untuk khidmat khas lif terkandas, 8.37 pagi.

"Seramai enam anggota bomba BBP Petaling Jaya dikerahkan ke lokasi sebelum kami tiba beberapa minit kemudian. Maklumat awal yang kami terima lif berkenaan terkandas di tingkat sembilan.

"Kami kemudiannya membuat pemantauan (size up) dan mendapati dua kakitangan di bangunan berkenaan terperangkap di dalam lif berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, anggota kemudiannya membuka pintu lif berkenaan menggunakan kunci khas sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

"Mangsa seorang lelaki dan dua wanita masing-masing berusia dalam lingkungan 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Operasi tamat 9.03 pagi. Proses seterusnya diserahkan kepada pihak penyelenggaraan bangunan untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: August 13, 2018 @ 2:10pm
d