mutakhir

Penangan Maggi Pedas Giler

Oleh Redzuan Muharam

Kelazatan Maggi Pedas Giler dengan ramuan cili api bukan lagi rahsia malah kini menjadi satu fenomena di laman sosial hingga menarik perhatian ramai termasuklah selebriti dan individu berpegaruh di laman sosial untuk menyahut 'Cabaran Kontrol Macho'

Antaranya termasuklah pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaacob, Janna Nick dan Alvin Chong, Hani Fadzil dan Radin , Fattah Amin dan Shukri dan ramai lagi.

Menariknya, kesemua mereka berani melakukan cabaran itu walaupun syaratnya adalah menghabiskan MAGGI Pedas Giler tanpa minum air, membuat sebarang ekspresi muka dan mengeluarkan bunyi.

Bukan saja mereka malah pengguna laman sosial turut memuat naik video Cabaran Kontrol Macho mereka berserta tanda pagar #cabarankontrolmacho #maggipedasgiler #pedasgiler.

Berikutan itu, Harian Metro juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menyahut 'Cabaran Kontrol Macho'.

Lebih istimewa,cabaran itu dilakukan oleh wartawan Harian Metro sendiri dan disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Harian Metro.

Untuk mengetahui lebih mengenai cabaran itu, ikuti perkembangan lanjut di https://www.facebook.com/harianmetro/.

Disiarkan pada: August 14, 2018 @ 12:00pm
d