mutakhir

Pelanggan CJ WOW SHOP cecah 1 juta

Oleh Sofyan Rizal Ishak

CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah inovatif dijangka mencapai sejuta pelanggan menjelang September ini sejak mula beroperasi pada April 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Kim Yang Hyun berkata, pada masa ini syarikat berjaya merekodkan 970,000 pelanggan dan jumlah itu dilihat akan meningkat sepanjang Ogos ini.

“Bersempena kejayaan itu, kami melancarkan kempen 'WOW in a Million' bagi menghargai dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia,” katanya pada majlis pelancaran kempen 'WOW in a Million' CJ WOW SHOP di Shah Alam, hari ini.

Kempen selama sebulan itu akan menyaksikan pasukan CJ WOW SHOP menjelajah seluruh negara untuk melawat 100 pelanggan utama yang menyumbang kepada jumlah pembelian tertinggi bagi mengucapkan terima kasih dan memberi pelbagai hadiah serta ganjaran.

Untuk menyemarakkan sambutan pencapaian itu, semua pelanggan CJ WOW SHOP turut akan diberi ganjaran baucer beli-belah bernilai RM20 bagi setiap orang untuk pembelian seterusnya melalui platform e-dagang CJ WOW SHOP bermula dari 1 hingga 30 September ini.

Disiarkan pada: August 14, 2018 @ 4:20pm
d