mutakhir

SPRM siasat pembantu politik Menteri

Oleh BERNAMA

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat pembantu politik Menteri berhubung dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan masalah hutang serta dikeluarkan daripada status muflis.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

“Ya, saya sahkan, beliau bukanlah pegawai kanan kepada Menteri sebaliknya pembantu politik kepada menteri berkenaan.

“Ketika ini, SPRM sedang menyiasat kes berkenaan dan berilah ruang kepada kami untuk lengkapkan siasatan,” katanya ringkas.

Disiarkan pada: August 14, 2018 @ 8:16pm
d