mutakhir

[UPDATE] SPRM bebas siasat pegawai Mat Sabu

Oleh Asmah Rusman

SEORANG pegawai Menteri Pertahanan Mohamad Sabu disahkan sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan salahguna kuasa dalam pembayaran hutangnya berjumlah RM800,000.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Abdul Samad berkata, parti itu sentiasa mengalu-alukan tindakan SPRM menyiasat pegawai itu.

Katanya, ia adalah bukti kebebasan SPRM dalam campur tangan politik dan satu keperluan untuk menjamin pentadbiran yang bersih unsur rasuah.

“Jika ada kes yang boleh disabitkan maka SPRM diminta mendakwa pegawai berkenaan.

“Tiada mana-mana pimpinan AMANAH akan membela individu berkenaan atau menuntut pendakwaan dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, ini adalah komitmen AMANAH kepada rakyat untuk menjamin sebuah pentadbiran yang bersih dan bebas rasuah.

Berita berkaitan

SPRM siasat pembantu politik Menteri

Disiarkan pada: August 15, 2018 @ 11:14am
d