mutakhir

[UPDATE] Sila siasat pegawai terbabit

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

MENTERI Pertahanan Mohamad Sabu mengalu-alukan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mana-mana individu yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan termasuk yang bekerja di pejabatnya.

Mohamad berkata, beliau juga sedia memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada SPRM.

“Seperti kenyataan saya di Parlimen sebelum ini dalam siasatan terhadap Kementerian Pertahanan yang diketuai bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, saya juga mengalukan-alukan siasatan SPRM termasuk individu yang bekerja di pejabat saya.

“Saya bersedia memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada SPRM. Bagi saya, tiada kompromi dalam soal integriti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mohamad, sekiranya terdapat kes, SPRM boleh mendakwa mereka mengikut saluran undang-undang sedia ada.

Semalam, NSTP melaporkan SPRM sedang menyiasat seorang pegawai di Kementerian Pertahanan kerana dikatakan menerima RM800,000 untuk mengeluarkannya daripada status muflis.

Sumber SPRM memaklumkan siasatan terhadap individu itu sudah dijalankan sejak dua bulan lalu susulan laporan yang diterima SPRM daripada seorang ‘whistleblower’ atau pengadu.

Difahamkan, pegawai kanan terbabit sudah dipanggil ke SPRM untuk dirakam percakapan sebaik menerima laporan mengenai perkara itu.

Berita berkaitan

[UPDATE] SPRM bebas siasat pegawai Mat Sabu

SPRM siasat pembantu politik Menteri

Disiarkan pada: August 15, 2018 @ 11:41am
d