mutakhir

Mayat lelaki lemas ditemui

Oleh Mohammad Ishak

MAYAT lelaki dipercayai mangsa lemas ditemui di Sungai Besut, Jertih, petang hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Zuki Samsudin, 47, dari Kampung Gong Kemuntong, Jertih ditemui pemancing yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Ketika ditemui, mayat lelaki itu sudah berbau dipercayai lemas sejak tiga hari lalu.

Mayat mangsa dinaikkan bomba yang menerima panggilan mengenai penemuan itu pada 6 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, mayat lelaki terbabit kemudian dihantar ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: August 16, 2018 @ 12:07am
d