mutakhir

Pelatih PULAPOL dah boleh keluar hospital

Oleh Faris Fuad

SERAMAI 26 mangsa daripada 61 pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa yang dikejarkan ke hospital di Kuala Kubu Bharu, semalam akibat strok haba, sudah dibenarkan keluar hospital itu hari ini.

Jurucakap Hospital Kuala Kubu Bharu berkata, kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas doktor memeriksa dan merawat mereka selama empat jam.

"Mangsa yang dikejarkan ke hospital itu tidak kritikal, mereka ditempatkan di zon hijau.

"Saya dimaklumkan semalam, doktor berpuas hati dan yakin pesakit berada dalam keadaan stabil selepas memantau keadaan mereka selama empat jam.

"Hari ni, semua pesakit dibenarkan pulang ke rumah," katanya pada NSTP, hari ni.

Semalam, sumber Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan berkata, kejadian berlaku apabila pelatih terbabit ditempatkan dalam bas di bawah terik matahari sebagai sebahagian daripada latihan kira-kira 1 tengah hari.

Berita berkaitan

61 pelatih PULAPOL diserang strok haba

[UPDATE] 'Cuaca panas sangat'

Disiarkan pada: August 17, 2018 @ 4:01pm
d