mutakhir

PH lawan PAS di Seri Setia [METROTV]

Oleh Fahmy Azril Rosli dan Mohd Iskandar Ibrahim

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Seri Setia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) dan PAS.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus SPR DUN Seri Setia, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain di perkarangan Dewan Sivik dekat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, hari ini.

"Calon PH Halimey Abu Bakar mengemukakan kertas penamaan pada 9.10 pagi.

"Calon PAS, Dr Halimah Ali mengemukakan kertas penamaan pada 9.15 pagi.

"Kita telah semak kertas penamaan. Setelah selesai tiada calon ditolak kertas penamaan," katanya.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Seri Setia diadakan serentak pada 8 September ini.

Manakala, hari pengundian awal akan berlangsung pada 4 September ini.

Disiarkan pada: August 18, 2018 @ 12:59pm
d