mutakhir

Suami diburu polis ditemui tergantung

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

SUAMI yang membaling tombak sawit ke betis bininya hingga cedera dan menjadi buruan polis sejak Rabu lalu, ditemui mati tergantung dalam hutan berdekatan Sungai Ulu Penangah, Tongod, semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, lelaki berusia 42 tahun itu, dipercayai bunuh diri akibat kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, pihaknya menerima makluman daripada orang awam berhubung penemuan suspek terbabit.

“Kami terima panggilan telefon dimaklumkan lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di pokok tepi sungai. Mayatnya kemudian dibawa ke jeti Sungai Kuala Penangah.

“Pemeriksaan terhadap mayat kemudinnya mendapati lelaki tersebut adalah suspek yang sedang dikesan bagi membantu siasatan berhubung kes mencederakan dan keganasan rumah tangga.

“Mayat kemudiannya dihantar ke bilik mayat Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat dan siasatan kes masih diteruskan,” katanya.

Katanya kematian suspek diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Semalam NSTP melaporkan polis mencari suspek apabila seorang wanita berumur 36 tahun, cedera di betis kanan selepas dihumban dengan tombak sawit oleh suaminya Isnin lalu.

Berita berkaitan:

Kenapa kejam sangat suami?

Suspek disyaki marah apbila sering ditegur kerana suka minum alkohol dan sudah sekian lama menjadikan isterinya sebagai mangsa keganasan rumah tangga.

Disiarkan pada: August 18, 2018 @ 5:08pm
d