mutakhir

Jaga-jaga orang Kuching...

Oleh Mohd Roji Kawi

SELEPAS keadaan jerebu di Miri dan Mukah mula berkurangan, indeks pencemaran udara (IPU) di Kuching pula dikesan mencapai tahap tidak sihat, hari ini.

Berdasarkan maklumat laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Kuching mula berada di tahap tidak sihat apabila mencecah 104 pada 5 pagi tadi.

Bacaan semakin meningkat kepada 107 pada 6 pagi seterusnya 109 pada 7 pagi, namun turun semula kepada 107 pada 8 pagi.

Penurunan kualiti udara di bandar raya ini dikenalpasti akibat jerebu rentas sempadan dari wilayah Kalimantan Barat, Indonesia.

Difahamkan, pembakaran terbuka terus dilakukan di wilayah berkenaan dengan puluhan titik panas dikesan, semalam.

Sementara itu bacaan IPU di kawasan lain di Sarawak mencatat tahap sederhana pagi ini, namun beberapa kawasan menghampiri tahap tidak sihat.

Sehingga 8 pagi, Mukah mencatat 97, Kota Samarahan (95) dan Sri Aman (90).

Disiarkan pada: August 20, 2018 @ 9:14am
d