mutakhir

Amaran MPK kepada Kementerian Kewangan

Oleh Rizanizam Abdul Hamid

KEMENTERIAN Kewangan (MoF) disenaraikan di tempat paling atas sebagai sebagai agensi, kementerian atau jabatan yang perlu ditambah baik fungsinya oleh Majlis Penasihat Kerajaan (MPK).

Pengerusi MPK Tun Daim Zainuddin berkata, ia berdasarkan pemerhatian barisan pakar di dalam MPK yang melihat keperluan itu sepanjang 100 hari pentadbiran kerajaan baharu bermula 10 Mei lalu.

“Nombor satu adalah Kementerian Kewangan. Mesti bawa wang masuk atau hasil kepada negara.

“Pastikan perbelanjaan tidak membazir dan tidak boleh ada korupsi,” katanya semasa sidang media di Menara Ilham di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas Menteri Kewangan sebanyak dua kali itu turut mengingatkan agensi lain supaya tidak mempolitikkan perkhidmatan awam.

Ditanya apakah kementerian lain selain MoF, Daim tidak menamakan sebarang agensi dan hanya mengeluarkan teguran: “Jangan politikkan perkhidmatan awam,” katanya lagi tanpa mengulas lanjut.

Disiarkan pada: August 20, 2018 @ 11:13pm
d