mutakhir

ECRL, TSGP dibatalkan, MPK diteruskan

Oleh Daripada Saidon Idris di Beijing

KERAJAAN memutuskan untuk membatalkan pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek Trans-sabah Gas Pipeline (TSGP) buat masa sekarang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, beliau telah menyampaikan perkara itu kepada pemimpin China dan mereka memahami masalah yang dihadapi Malaysia.

“Saya percaya, China sendiri tidak mahu melihat Malaysia menjadi negara bankrap,” katanya pada sidang media akhir lawatan lima harinya ke China.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir mengadakan lawatan ke China bermula Jumaat lalu, termasuk sesi pertemuan dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang.

Dalam perkembangan lain, Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) tidak akan dibubarkan.

Perdana Menteri berkata, beliau belum menamatkan perkhidmatan ahli majlis itu.

“Saya tidak pernah kata hanya 100 hari. Saya masih perlukan mereka,” katanya.

Disiarkan pada: August 21, 2018 @ 12:54pm
d