mutakhir

Korban lembu RM14,000

Oleh Mohd Sharumnisham Shahbudin

LEMBU baka Brahman bernilai RM14,000 menjadi tumpuan penduduk di Masjid Al Falah, Kampung Betong, Sik, apabila dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, hari ini.

Imam masjid, Osman Said berkata, lembu itu adalah antara tujuh ekor haiwan ternakan yang dikorbankan di masjid berkenaan.

"Lembu yang dianggarkan seberat 850 kilogram ini disumbangkan oleh syarikat korporat dan dagingnya serta enam ekor haiwan itu akan diagihkan kepada 561 keluarga, di sini.

"Penduduk bergotong-royong melapah dan memproses daging sebaik sahaja selesai solat sunat hari raya dan dijangka selesai selepas waktu Zohor nanti," katanya ketika ditemui selepas menyelesaikan sembelihan haiwan berkenaan.

Disiarkan pada: August 22, 2018 @ 12:22pm
d