mutakhir

Kilang hangus

Oleh Faris Fuad

KILANG di Kampung Baru, Sungai Buloh terbakar 70 peratus, hari ini.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu yang berlaku pada 9.50 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang, berkata, kebakaran itu membabitkan ruang pejabat dan kilang terbabit.

Katanya, pihaknya mengerahkan 27 anggota dan lima jentera bomba ke lokasi kejadian.

"Kebakaran 70 peratus dan keadaan api marak ketika itu.

"Punca kejadian masih diproses pihak forensik manakala jumlah kerugian dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: August 22, 2018 @ 8:10pm
d